Saturday, February 22, 2014

Kelab Sastera Mahasiswa (Karma)



Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) telah mengadakan program Sekolah Angkat Sekolah Pengajian Seni (SPS) SK Pulau Mantanani Kota Belud Sabah.  Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 31 Januari dan 1 Februari 2014 bersamaan hari jumaat dan sabtu. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan dalam kumpulan iaitu (LDK1) ice Breaking. Dalam program ini terdapat 7 kumpulan. Dalam LDK1 ini, para peserta(pelajar) diberi tugasan untuk memperkenalkan diri mereka kepada fasilatator masing-masing dan seterusnya ditugaskan untuk membuat logo serta yell (laungan kata-kata semangat). Setelah tugasan tersebut selesai, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing. Pada waktu petang pula, para peserta diberi tugasan untuk membuat persediaan bagi malam pencungkilan bakat pelajar. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza-beza antaranya nyanyi moden dan klasik, tarian moden dan tradisional, lakonan drama bertemakan cinta dan lakonan patriotic dan puisi lagu.
 Rata-ratanya peserta mempunyai semangat untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Setelah selesai perbincangan untuk malam persembahan pencungkilan bakat pelajar, aktiviti seterusnya adalah aktiviti sukaneka. Dalam aktiviti ini, terdapat tiga permainan iaitu permainan siapa paling panjang, baling belon sampai pecah dan permainan pasang kasut. Ketiga-tiga permainan ini mempunyai objektif yang tertentu iaitu memperlihatkan kerjasama, pemikiran kreatif, kepantasan, disiplin pelajar dan pemahaman pelajar tentang erti semangat berpasukan. Pada sesi malam pula, aktiviti malam persembahan pencugkilan bakat pelajar yang diadili oleh encik Abdul Kinu dan encik Abdul Aziz. Setelah selesai malam persembahan tersebut, aktiviti untuk pelajar diteruskan iaitu aktiviti malam penghayatan. aktiviti malam penghayatan  Berjaya menyedarkan para pelajar apabila majority pelajar menitiskan air mata. Setelah selesai malam penghayatan, para pelajar dibenarkan tidur namaun pada jam 2:00 pagi, pelajar dikejutkan bagi melihat ketangkasan, kepekaan dan kepantasan mereka apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini sebagai contoh kebakaran dan sebagainya. 
Pada sesi pagi pula iaitu bertarikh 1 februari 2014, aktiviti untuk pelajar diteruskan. Setelah selesai solat subuh, para pelajar menjalankan aktiviti senaman pagi yang dibimbing oleh abang mohd saiful. Tepat jam 8 pagi aktiviti jungle tracking (meredah hutan) dijalankan. Objektif aktiviti ini ialah melihat keberanian, kerjasama kumpulan, kepantasan, pemikiran. Dalam aktiviti in terdapat 7 checkpoint yang perlu di harungi oleh para pelajar. Setiap checkpoint tersebut, para pelajar perlu menjalankan tugasan yang diberikan oleh setiap fasilatator. Aktiviti ini selesai tepat pada jam 11 pagi. Aktiviti diteruskan dengan LDK 2 iaitu radio buruk. Dalam aktiviti ini ketua kumpualn diberi lima perkataan yang perlu di sampaikan kepada anak buahnya secara satu persatu.orang yang terakhir perlu memperdengarakan perkataan yang didengar olehnya iaitu sama ada perkataan yang disampaikan oleh ketua kumpulan adalah sama dengan perkataannya. Objektif aktiviti ini ialah melihat kepekaan pendengaran para pelajar. Tepat jam 2:00 petang, Majlis Perasmian Penutupan yang dijalankan.  Pengarah Program ini adalah Norasitah Binti Abdul Kinu, merupakan pelajar SPS Universiti Malaysia Sabah, jurusan Seni Kreatif tahun 3. 
Dalam program ini, Fassilitator hanya 11 orang terdiri daripada pelajar Ums dan seorang pelajar daripada UKM. Penyertaan seramai 59 orang pelajar Sk Pulau Mantanani Kota Belud iaitu hanya melibatkan darjah 4, 5 dan 6 dan seorang pelajar tahun 3. Sekolah ini merupakan sekolah luar Bandar yang terletak jauh dari pekan. Antara objektif Program ini, adalah memberi manfaat dua hala kepada mahasiswa yang terlibat dan khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah SK Pulau Mantanani. Selain itu, mendedahkan para pelajar untuk meningkatkan motivasi diri untuk terus belajar dan berjaya di masa depan kelak. Seterusnya  memperkasa pemikiran kreatif dan kritis peserta dalam memotivasikan  jiwa dan minda peserta. Melahirkan mahasiswa/wi yang berilmu, berbakat, berketerampilan dan boleh mengurus program yang diadakan. mendedahkan komunikasi interaktif yang mana mengenalkan fungsi dan tanggungjawab mahasiswa/wi dalam pengajian tinggi iaitu khidmat komuniti dalam masyarakat kita pada hari ini.
Perasmian Penutupan Program  dirasmikan oleh En. Albi bin Alad yang merupakan ketua Kampung Pulau Mantanani Kota Belud.  Dalam Perasmian tersebut hanya sebahagian ibu bapa pelajar yang hadir tidak lupa juga presiden KARMA saudara Mohd Lopez bin Asri kerana telah banyak membantu dalam menjayakan program ini, selain itu tidak dilupakan kepada ketua penyelaras program En. Andi Bin Abdul Kinu kerana telah banyak memberikan serta berkongsi pengalaman dengan fassi dan para peserta program. Ibu Bapa saya En. Abdul Kinu Bin Sawadi dan Puan Rositha Binti Madayan telah banyak membantu serta memeri sokongan dan dorongan untuk menjalankan program ini.  Setelah seslesai Majlis Perasmian Penutupan Program, Para peserta dan fassilitator berkerjasama bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah.



Program Sekolah Angkat SPS
SK Pulau Mantanani Kota Belud Sabah

Kelab Sastera Mahasiswa (Karma)
Universiti Malaysia Sabah

Antara yang terlibat :

ANDI
NORASITAH
NORFIRAH
HENDRY
NORSYAFIRAH
LOPEZ
RAHMAN
CHE MA
AINI
HAFIZAH
FARAH
NORIZAH



No comments:

Post a Comment