PANTUN
“TEMA BUDI”
Anak itik pandai menari,
Anak angsa melompat-lompat;
Rupa cantik dapat di cari,
Budi bahasa mana nak dapat.
Buah salak diatas bukit,
Tergelincir budak jatuh
terhempas;
Jangan kau tolak budiku sedikit,
Sedikit tidak kuminta balas.
Hari redup menyemai padi,
Wak dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
Duduk salah berdiri canggung.
Anak Cina mengirim surat,
Dari Jawa sampai ke Deli;
Hidup kita di kandung adat,
Budi tidak dijual beli.
Burung pipt terbang melayang,
Hinggap mari diranting mati;
Bukan duit dipandang orang,
Budi baik nilainya tinggi.
Rosak pandan kerana padi,
Rosak padi kerana lalangnya;
Rosan badan kerana budi,
Rosak budi kerana orangnya.
No comments:
Post a Comment