Thursday, February 27, 2014

Pantun "Nasihat"

PANTUN “TEMA NASIHAT”

Sayang Cik Umar menanam tebu,
Tebu dibawa tanah seberang;
Kalau mendengar nasihat ibu,
Kemana pergi disanjung orang.

Apa dijual gula seberang?
Lagilah pekat gula di kampung;
Apa di sesal kepada orang,
Sendiri buat sendiri tanggung.

Anak angsa terlemas-lemas,
Berenang mandi di air masin;
Hilang bangsa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.

Kalau padi sudah memberat,
Apa lagi di nanti-nanti;
Kalau janji sudah tersurat,
Kemana pergi tak dapat lari.

Bukan rusa sebarang rusa,
Rusa larangan raja Melayu;
Jangan biasa membuang masa,
Masa berjalan lepas selalu.

Kalau ada pecahan kaca,
Tanamkan dia di kaki bukit;
Kalau kita suka membaca,
Ilmu bertambah serbah sedikit.

No comments:

Post a Comment