Thursday, February 27, 2014

apa itu Cinta???




Apa itu Cinta ???

Ramai orang yang tahu tentang cinta. Ramai juga yang tahu menyebut perkataan cinta dan ramai juga yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah kita sendiri tahu apa itu cinta yang sebenar-benarnya.??

Cinta itu di ibaratkan sebagai manusia, ianya boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta mempunyai perasaan. Cinta itu hidup sampai ketika ia akan menemui mati. Ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi masih hidup dan tetap hidup walaupun dia telah mati.
 
Cinta merupakan anugerah tuhan yang sangat berharga kepada setiap orang yang mengerti makna cinta sebenar. Cinta merangkumi perasaan yang indah iaitu, perasaan sayang, ambil berat dan sebagainya, beberapa sifat yang ada pada cinta, seperti cinta itu suci, cinta itu mahal dan tinggi tarafnya, sifat cinta itu sempurna jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Rasa cinta sudah wujud dalam jiwa manusia  iaitu sejak manusia di lahirkan ke dunia. Tahap kelahiran cinta bermula daripada belaian ibu, membawa cinta kepada kekasih. Semestinya kita mencintai ibu bapa hal ini kerana, ibu lah yang bertungkus lumus dalam menjalani proses iaitu mengandung serta melahirkan kita selama 9 bulan, selain itu juga mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna di masa akan datang sama ada di dunia atau pun di akhirat. Tidak lupa juga seorang bapa, yang memainkan peranan dalam menjadi tulang belakang keluarga serta membantu untuk menyara kehidupan keluarga.

 Cinta itu suci seperti mana yang kita tahu, sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharapkan balasan. Cinta mengharapkan balasan cinta. Suci cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa itulah sifat sebenar cinta. Cinta suci adalah, bagaikan seorang anak yang baru dilahirkan. Kepada mereka yang mengenal cinta maka akan cuba untuk memelihara serta mengekalkan cinta mereka. Maksudnya, menjauhkan diri daripada godaan nafsu yang tiada batasnya. Kerana nafsulah cinta suci jadi berdosa.

Semua orang tahu, jika kita mencintai seseorang, maka mereka akan mengatakan “apa bukti cinta kamu??’’ adakah cinta perlukan bukti?? Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu adalah mengorbankan atau menyerahkan apa sahaja yang kekasih atau pasangan kita mahukan, mereka percaya jika itu berlaku, maka cinta itu tiada nilainya. Sebenarnya anggapan itu sama sekali tidak benar dan 100% salah. apakah benar apabila kita memberikan apa yang dia inginkan? Sudah ada jaminan bahawa dia akan mencintai kita dengan setulus hatinya?? Ini adalah cara pemikiran yang salah. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang di cintai, malahan menjaga agar kekasih tersebut tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sndiri.
 
Cinta itu tidak dapat di lihat, tapi dapat di rasa dan cinta sebenar cinta adalah cinta itu suci murni serta putih bersih. Bercinta dibenarkan tetapi hendaklah mengetahui batas dalam percintaan, mana yang di larang dan mana yang tidak di larang. Cinta adalah satu perasaan yang wujud dalam  kalangan manusia yang ada di muka bumi ini. Semua orang tidak terkecuali mencintai atau di cintai, bagi diri saya banyak maksud cinta, antaranya adalah, cinta kepada Allah S.W.T, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada ummah dan cinta kepada kecemerlangan, cinta dapat ditakrifkan melalui perbuatan atau di ungkapkan melalui pertuturan. Hal ini kerana cinta adalah bermula dari hati maka akan dituturkan melalui pertuturan.  Cinta adalah sesuatu yang indah dalam kehidupan seseorang. Cinta itu indah walaupun kewujudan cinta tidak boleh di lihat dengan mata kasar, tetapi cinta itu indah dan sangat cantik.

Cinta itu indah, hal ini kerana kita dapat merasai seseorang menyayangi diri kita, kasihkan kita mengambil berat terhadap diri kita, prihatin dan sebagainya, itu maksud cinta kepada ummah, iaitu cinta terhadap pasangan kita, sama ada teman lelaki ataupun teman wanita. Cinta antara manusia adalah sesuatu yang berkehendak kepada jodoh atau pasangan. Bila dapat yang dicari ini bermakna cinta menganggap telah bertemu pasangan yang secocok dengan jiwa seseorang itu.
 Sifat cinta adalah ingin menguasai,  di mana seseorang itu mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya, dan dia tidak mahu berkongsi dengan orang lain, ini adalah hak untuk mencintai dan di cintai. Bagi diri saya lebih baik di cintai daripada mencintai, , hal ini kerana sekiranya mencintai seseorang itu teramat sangat, maka akan mudah untuk seorang lelaki tersebut mungkin akan mengambil kesempatan terhadap dirinya sebagai contoh, dia akan memanfaatkan, diri kita serta untuk kepentingan dirinya sendiri dan mempermainkan perasaan cinta seseorang itu kepadanya.

Manakala cinta kepada kecemerlangan pula, adalah mencintai ilmu yang telah di berikan serta menggunakan sebaik-baiknya ilmu yang ada di dada. Kejayaan merupakan semua impian dalam kehidupan seseorang, hal ini kerana kejayaan dapat membantu diri kita sendiri untuk menjadi yang terbaik daripada yang baik.


 Memang tidak di nafikan semua orang pernah bercinta, termasuk diri saya, akan tetapi cinta saya adalah “cinta monyet” ini kerana perasaan sayang terhadap seseorang itu, iaitu yang bernama lelaki belum, dapat saya rasakan. Cinta kepada ibu bapa berlainan dengan cinta kepada seseorang yang kita cintai, yang sangat penting dalam diri dan hidup kita. Zaman sekarang, kecil-kecil sudah pandai bercinta, padahal mereka belum berapa tahu lagi makna cinta sebenar, berbanding zaman nenek moyang kita dahulu, mereka bercinta selepas berkahwin, ini kerana ibu bapa yang mencarikan jodoh buat mereka, sekarang, masing-masing cari pasangan sendiri, bercinta dahulu, mengenal hati budi masing-masing sekiranya berkenanan berkahwin. Sekiranya tidak, maka akan mencari lagi orang lain, yang betul-betul sesuai untuk diri mereka. Ada juga ibu bapa tidak merestui hubungan mereka, maka mereka mengambil jalan pintas iaitu kahwin lari, ini yang banyak menyebabkan ramai anak-anak muda zaman sekarang menderhaka kepada ibu bapa.


No comments:

Post a Comment