Thursday, February 27, 2014

Sajak "Terima Kasih Tuhan"



TERIMA KASIH TUHAN

Hidup ini bagaikan air laut  yang bergelora
Menelusuri batu-batu terdampar berduri mencari arah
Kemana hilangnya dirimu saat diri ini memerlukan

Aku, aku berlari dan terus berlari ke sana ke mari ke kanan dan ke kiri
Mencari arah yang belum pasti dapat ditemui
Kedengaran bunyi ombak bernyanyi, angin- angin berkejaran sering bersamaku

Ini adalah perjalannan dan perjuangan hidupku 
Penuh dengan cabaran dan rintangan
Walaupun aku masih belum mampu untuk menghadapinya

Namun, Tuhan sentiasa bersama diriku
Aku sering di uji dengan pelbagai masalah
 Tetapi tanpa daripada pertolongannya

Aku, aku tidak mampu bertahan sehingga sekarang
Dan masih menjalani kehidupan  
Sebagai seorang insan yang bernama manusia

Kini aku telah menemui jalan
Jalan yang membawa aku kepada satu kejayaan
Dalam membentuk satu kecemerlangan

Aku telah berjaya, aku telah berjaya
Memberikan kesenangan dan kemewahan kepada kedua orang tuaku
Janji Tuhan adalah pasti dan pasti

Aku sering memohon doa kepadanya
Meminta dan mengikhlaskan diriku tanpa rasa jemu


Terima kasih Tuhan
Terima kasih Tuhan
Terima kasih Tuhan





No comments:

Post a Comment