Saturday, February 22, 2014

Asyraf Daniel

Mengisahkan kehidupan seorang pelajar iaitu yang bernama Asyraf Daniel dalam mengharugi kehidupan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang insan yang bernama manusia. Daniel Asyraf, nama manjanya adalah Daniel, merupakan seorang yang bijak pandai dan kacak. Pada masa yang sama dia masih single kerana belum meluahkan perasaan kepada gadis yang disukainya. Daniel masih bersekolah serta menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi iaitu peringkat “ijazah’’. Daniel telah berjaya dan mendapat tawaran di sebuah universiti awam (IPTA) iaitu Universiti Malaysia Sabah, dalam jurusan pendidikan Sains Sukan. Setelah tamat pengajian tiba saatnya Daniel mendapat segulung ijazah dan akhirnya menjadi seorang tenaga pengajar sebagai guru di sebuah sekolah di daerah Kota Belud Sabah.

Keinginan untuk  berumah tangga wujud dalam fikiran mana-mana manusia, termasuk Daniel yang ingin Berumah tangga. Walaupun  Daniel masih di usia muda, timbul perasaan cinta terhadap seorang gadis walaupun, ramai gadis-gadis menyimpan perasaan terhadapnya,  namun ianya hanya  berkenan dengan seorang gadis yang agak cantik dan sopan, iaitu sejak dari sekolah menengah sehingga di  alam universiti,. Seorang pelajar wanita yang sangat suka dan minat kepada Daniel dari semester 1 sehingga mereka tamat pengajian. Mereka dalam jurusan yang sama. Daniel mengetahui, tetapi Daniel tidak berminat atau suka kepadanya. Gadis itu bernama, shahirah. Shahirah atau nama manjanya Irah, seorang  yang cantik, mempunyai keluarga yang cukup senang kerana ibu dan bapanya bekerja di sebuah sektor kerajaan. Ayahnya merupakan seorang pensyarah manakala ibunya, pengarah sebuah hospital awam. Memang semua nampak sempurna, tiada yang dikatakan tidak sempurna. Irah dan Daniel, mengajar di tempat yang sama. Secara tidak langsung Shahirah menganggap bahawa mereka ada jodoh, hal ini kerana mereka di tempatkan mengajar di sekolah yang sama. Namun ini tidak berlaku, kerana tanggapan Irah adalah salah.



Beberapa bulan kemudian, setelah mengajar di sekolah menengah tersebut, Irah mendapat kad jemputan perkhwinan, ianya dari Daniel lelaki yang sudah lama kekal di hatinya. Setelah sekian lama menunggu dan menanti jawapan Daniel, hati Irah sangat sedih dan kecewa. Namun apa yang boleh dikatakan Irah kepada Daniel adalah ucapan tahniah yang keluar dari bibirnya. Daniel akhirnya berkahwin dengan gadis yang disukainya semasa mereka sekolah menengah. kerana Daniel tidak memandang dari luaran, gadis yang bertuah itu bernama Aisyah Sofeah, merupakan seorang gadis yang lemah lembut, ayu dan Daniel suka akan gadis yang bertudung. Aisyah Sofeah atau Syah memenuhi kreteria sebagai pasangan hidup Daniel. Mereka hidup bahagia. kehidupan mereka berubah, apabila  satu perubahan drastik yang telah berlaku iaitu sikap panas baran Daniel tiba-tiba muncul yang belum pernah Syah nampak sebelum ini. Syah berasa hairan dan pelik mengapa Daniel berubah sikap secara mendadak.



          Namun keadaan ini tidak berpanjangan, Daniel dan Syah mengambil keputusan untuk berubat dengan pakar agama Islam, iaitu Ustaz, setelah di teliti memang Daniel terkena buatan orang iaitu di “santau”. Daniel tidak menuduh sesiapa, dia tetap berdoa supaya Allah S.W.T mengampuni orang yang telah memyebabkan dirinya menjadi sebegitu. Begitu juga Syah hanya memohon kepada Allah S.W.T agar suaminya iaitu Daniel supaya sihat dan sembuh seperti dahulu. Dendam yang ada pada dri Irah begitu mendalam, sehinggakan  berjumpa sekali lagi dengan bomoh untuk mengenakan Daniel. Ini lebih teruk berbanding yang sebelumnya, Syah dan Daniel berubat kembali, dan akhirnya sembuh. Daniel sembuh dan hidup bahagia bersama isterinya, manakala Irah telah mendapatkan balasan iaitu telah di rogol oleh beberapa orang dan akhirnya telah meninggal dunia di tempat kejadian.



Keseluruhannya, Daniel tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan serta berserah kepada yang maha Esa. Akhirnya dengan pertolongan daripada Allah S.W.T Daniel hidup bahagia bersama gadis pilihannya dan mendapat seorang cahaya mata. walaupun banyak dugaan yang menimpa dirinya.

No comments:

Post a Comment