Saturday, February 22, 2014

Cuba Teka, Aku Siapa??

Kelahiranku merupakan sesuatu yang diimpikan oleh setiap manusia. Meniti hari demi hari waktu demi waktu berjalan mengikut roda putaran bumi yang sering kita lalui, kadang kita diatas dan kadang kit berada dibawa, aku dijadikan sebagai teman tapi mesra. Di setiap masa, setiap saat, setiap hari, setiap detik aku sentiasa di perlukan. Aku sering di bawa kesana ke mari, walaupun aku sendiri tidak rela, aku dipaksa dan terpaksa mengikuti kehendak mereka. Kadang ku dibuang merata-rata. Inilah hakikat kehidupan seorang yang bernama manusia.
 Pada suatu hari bermula lah hidupku apabila aku telah merantau melihat alam sekeliling manusia yang penuh dengan gejala sosial, keruntuhan masyarakat hari ini, kepentingan agama dalam hidup. Setibanya aku di tempat yang aku sendiri tidak pasti keberadaanku, kadangkala aku merasa hairan pelik dan terkesima sendiri, bertanyakan soalan yang tidak logik akal untuk mendapatkan jawapan, sering kali aku bertanya “kenapa aku diciptakan begini” ???? aku berfikir, mungkin ini adalah kehendaknya, namun aku sering pertikaikan hal tersebut, adakah aku diciptakan untuk menjadikan orang lain tersenyum gembira walaupun aku menangis……. Aku senantiasa melihat gelagat orang-orang yang telah memilihku untuk menjadi sahabat yang setia. Aku sangat digemari tidak kira masa, siang ataupun malam pagi ataupun petang. Aku memang tidak dapat dipisahkan dengan dirinya ini kerana kami sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain.
 Ceritaku bermula apabila aku telah di bawa kesebuah rumah, iaitu sebuah keluarga telah memilihku untuk bersama mereka walaupun untuk seketika dan hanya beberapa hari. Aku sangat gembira dan sehinggakan kegembiraan aku tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Sebuah keluarga ini menerimaku dengan hati yang terbuka walaupun ia menyakitkan aku. Memang aku mengaku bahawa hayatku tidak begitu panjang sehingga aku tahu jangka hayat hidupku. Kanak-kanak ketawa riang meliat diriku, semua orang yang berada dirumah tersebut gemira elihat diriku. Suatu malam, keluarga Encik Sharif  yang merupakan ketua keluarga, isterinya Aisyah sangat cantik, mempunyai 2 putera dan 2 puteri  iaitu Arif dan Aris , Arifah dan Arisyah. keluarga ini merupakan sebuah keluarga bahagia.
Pada malam sunyi sepi, bunyi cengkerik kedengaran ditelinga, tengah malam merupakan masa untuk rehat secukupnya. Aku bersandar didinding elihat keindahan bulan purnama, aku melihat Arisyah belum memejamkan matanya, belum bersedia untuk meutup mata kerana dia sama sepertti aku yang ingin meluangkan masa untuk menikmati keindahan di malam hari. Pada malam itu, aku terasa sangat pelik, kenapa Arisyah masih belum tidur, lalu aku bertanya “kenapa tidak tidur lagi”?? tanyaku kepada Arisyah, “tiadalah saja mata belu mahu tidur” jawabnya penuh yakin dan selamba. Aku memenjangkan lagi penceritaan antara kami berdua, macam-macam aku bertanyakan soalan, dia menjawab dengan betul, sehinggakan aku sendiri terhenti berkata-kata kerana hampir semua soalan sudah ditanya.  Tiba-tiba Arisyah meluahkan perasaanya kepadaku, aku adalah orang kepercayaan mereka, setiap orang mempercayaiku kerana aku memang mempunyai sifat-sifat yang boleh dipercayai. Dia pun melanjutkan ceritanya “sebenarnya aku tidak pernah bahagia, kau tahu kenapa??” aku mejawab “tidak” kenapa?? Dia meneruskan cerita  dan aku terus mendengar dengan teliti.

 “hidupku selama ini tidak pernah bahagia, memang ia aku mendapatkan segala-galanya, namun aku tidak mendapatkan kasih sayang yang cukup daripada mamy dan dady, kau tahu kenapa?? Sebab mereka selalu sibuk bekerja sehigga kai adik beradik kurang mendapat perhatian, iaitu kasih sayang…..

Bersambung…..

No comments:

Post a Comment