Tuesday, September 15, 2020

SAJAK Keindahan

 

Keindahan

 

Waktu akan berlalu

Tapi adakah ia akan berlalu begitu sahaja

Semua orang inginkan keindahan

Adakah ia akan kita kecapi

 

Semua ciptaan Tuhan

Bersyukur apa adanya

Kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan

Adalah milik dan kehendakNya

 

Bekalan ke akhirat harus ada

Kerana kita akan diperhitungkan di hari akhirat kelak nanti

Hidup di dunia ini penuh cobaan dan ujian

Semua perbuatan akan dapat  balasan

 

Hidup di dunia fana

hanya lah sementara

Ingat syurga dan neraka

bersyukur akan dapat keindahan hidup

 

 

 

 

Sambungan Jebat Hero Sebenar

 Masyarakat masa itu, menganggap Jebat adalah salah. Ada juga dengar-dengar mereka bersorak riang dan mengadakan pesta berlansung di istana atas kematian Jebat. Pesta sempena kematian Jebat. Pesta itu berlangsung selama seminggu dan kami menyaksikan pesta tersebut. Sejarah awal Melaka, pada akhir abad ke 14 Parameswara datang dan membuka Melaka. Parameswara datang dengan pengikutnya termasuk pembesar-pembesar dan orangorang laut. Pada masa kedatangan itu terdapat kira-kira 1000 orang bersama-sama beliau. Mereka ini mungkin orang-orang yang berasal dari Palembang dan Temasik yang berkhidmat setia kepada Parameswara. Orang-orang Selat ini adalah perantau laut bukan sahaja sangat setia kepada rajanya tetapi juga patuh atas segala perintah. Perkhidmatan mereka tidak dibayar sebaliknya mereka bepuas hati dengan hanya diberi makanan sahaja. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka adalah berketurunan Melayu. Pesta yang diadakan oleh sultan atas cadangan bendahari atas sokongan pembesarpembesar yang lain. Kami melihat sendiri Tuah menyesal dengan pemergian Jebat. Mereka menganggap Jebat bersalah dan pantas mati begitu sahaja. Mereka sangat gembira kerana terselamat daripada amukan Jebat. Kegembiraan mereka tidak terkira. Beberapa masyarakat di situ beranggapan Jebat Salah. Namun, tidak semua yang mengatakan sedemikian, ada juga sebahagian daripada mereka yang bersedih atas kematian Jebat. Anggapan mereka Tuah tidak seperti Jebat. Jebat yang menderhaka. Mereka memujimuji Tuah. Tuah baik orangnya mereka mempercayai itu. Kami mendengar keluhan kesal dari Tuah dan masih terbayangkan Jebat atas persahabatan yang telah mereka bina suatu ketika dahulu. “Maafkan aku jebat.” Tuah melepaskan keluhannya dan menitiskan air mata. Aku turut merasa kehilangan. Kami menitiskan air mata kesedihan kerana hilangnya Jebat hero sebenar. “Sanggup kau bunuh, tikam Jebat, sedangkan dia yang mempertahankan, dan itu adalah kerana kau.” Kataku kepada Anne. Anne hanya diam membisu. “Di mana hatimu Anne? Di mana akal fikiranmu???” Kami berdua terus meraung. Anne tetap membisu. Hatinya sedikit terguris lagi. “Inikah balasan tuah kepada orang yang memberontak kerana ingin menebus maruah Tuah?” Hati kami berdua terhiris pilu. Seolah-olah kami adalah watak Jebat dan Tuah. Melihat keadaan masyarakat pada masa itu hanya gambaran orang-orang Melaka adalah Bekulit hitam gelap, mereka memakai ikatan kain di kepada seperti tanjak. Gadis atau yang perempuan mengikat rambut atau bertocang serta memakai baju (benang kapas) pendek dan berkain, manakala gologan raja atau bangsawan, berpakaian istana, dan berjubah labuh. Mereka juga memakai serban putih di kepala yang diperbuat dari kain kapas yang halus dan memakai jubah labuh. Mengenakan capal sebagai sarung kaki. Selain dari itu ada juga hiasan tambahan seperti tali pinggang, atau bengkung, kain selempang, rantai, kerosang dan lain-lain hiasan. Tidak pula digambarkan tentang isteri-isteri sultan atau pakaian gadis-gadis istana. Namu demikian berpandukan pada pakaian perbandingan semasa dapat dibuat kesimpulan bahawa wanita-wanita istana mendandan rapi rambut mereka serta bersiput, pakai baju seperti kebaya labuh dan berkain batik tenunan Jawa. Di samping itu terdapat banyak barang-barang hiasan seperti cincin, gelang tangan dan kaki, rantai subang dan sebagainya. “Hajat dan tugasku di sini sudah selesai. Satu sahaja permintaanku. Tolong jagakan Dang Wangi, iaitu isteriku. Kerana dia sedang mengandungkan anakku.” Kata Jebat kepada Tuah. Tuah terus menutup mata Jebat perlahan-lahan. Taming sari adalah senjata yang digunakan untuk membuatkan Jebat terbunuh dalam pertelingkahan tersebut. Hujan kian lebat mencurah namun bunyi paluan gendang menenggelamkan gema hujan yang mendesa-desa. Kedengaran seorang bayi menangis. Lalu Tuah berkata “Kalaulah Jebat ada, pasti dia sangat gembira melihat anak satu-satunya lelaki yang bakal menjadi pewaris dirinya.” Mesti dia gembira memperolehi seorang anak lelaki. Betapa seorang anak perlukan kasih sayang seorang ayah. “Aku telah memisahkan mereka berdua.” Kata Tuah lagi. “Alangkah menyesalnya aku.” Tuah mengeluh lagi. Senja mula berlabuh. Tiba-tiba Tuah berubah. Dia terus menuju ke kubur Jebat dan berkata “Jebat, aku akan amuk satu Melaka ini, dan kematianmu akan terbela.” Diam sejenak dengan ayat yang telah diperkatakan oleh Tuah. Terus kepada penceritaan asal usul Melaka, apabila sampai di Melaka, Parameswara telah mula memajukan Melaka. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya menanam pisang, ubi, keladi, keledek, labu dan jagung. Di pendalaman dan di tepi-tepi sungai bertambah banyak terdapat pokok-pokok rumbia. Dari pohon-pohon rumbia inilah dikeluarkan sagu.

Jebat Hero Sebenar


Sudah seminggu kami melihat Jebat bersemadi. Tanah kuburnya masih lagi kekuningkuningan. Dalam waktu itu juga, Tuah merasa menyesal. Penyesalan yang tidak dapat dibayangkan sama sekali. Kami merasa sangat terasa kehilangan Jebat. Penduduk di Melaka sibuk bercerita tentang kematian Jebat. Bagi kami. Jebat adalah...... “Jebat adalah hero sebenar” Hujan turun seakan simpati terhadap peristiwa yang berlaku. Kekesalan yang tidak dapat dilihat. Sejarah latar belakang Melaka asalnya adalah dari sebuah kampung nelayan yang didiami oleh beberapa buah keluarga nelayan. Dalam masyarakat ini, mereka menjalani kehidupan yang simple. Mereka tinggal di tepi-tepi pantai dan membina rumah-rumah kecil di sepanjang pantai Melaka. Melaka sebelum 1400, sebelum dibuka oleh Parameswara, ia didiami oleh beberapa keluarga nelayan sahaja dan kami juga tinggal di situ. Di kawasan pesekitaran masih dipenuhi dengan hutan belantara. Di kawasan pendalaman ada juga keluarga orang-orang peribumi yang tinggal di dusun-dusun dan menjalani hidup sebagai petani. Bercucuk, tanam dan memelihara binatang ternakan. Penduduk Melaka asal terdiri dari nelayan dan tinggal di tepi pantai. Kami melihat keindahan pantai yang ada di situ. Namun, dengan kematian Jebat kami juga turut merasa simpati terhadap kematiannya. Di luar, kedengaran bunyi gendang menandakan seseorang telah meninggal dunia di kampung itu. Seakan Jebat yang bersalah dalam hal ini.

PILIHAN UNTUK TIDAK MEMILIH

 

Sinopsis

Aku yang telah lama berjalan, mencari redha serta hidayah Allah. Pantaskah aku hidup di dunia dengan bergelumang dengan dosa. Perjalanan hidupku yang penuh dengan suka dan duka membuatkan aku menjadi lebih dewasa. Mengembara, menongkah lautan ganas. Meredah rimba buas sehingga menyusuri hutan belantara yang penuh dengan misteri.

Aku yang telah leka dan lalai dengan perintah Allah S.W.T menyebabkan aku menjadi seorang yang jahil dan melakukan perkara yang dilarang. Maksiat menjadi-jadi. Dosa-dosa yang aku lakukan tidak disengajakan angkara iblis dan syaitan yang menyesatkan kaum Adam.

Sahabat yang aku cari selama ini benar-benar wujud, namun aku yang mengotorkan erti persahabatan itu dan telah lenyap dimamah bumi. Makna cinta sebenar telah menggadaikan maruah diriku serta  menyesatkanku dan membawaku ke jalan yang di murkai.  Adakah tempatku syurga ataupun neraka?

Adakah ini realiti mahupun mimpi atau hanya sekadar fantasi? Hanya peringatan untuk diri, berhati-hati dengan realiti, kemungkinan ia hanyalah sekadar fantasi.

 

 

 

Saturday, November 1, 2014