Masyarakat masa itu, menganggap Jebat adalah salah. Ada juga dengar-dengar mereka bersorak riang dan mengadakan pesta berlansung di istana atas kematian Jebat. Pesta sempena kematian Jebat. Pesta itu berlangsung selama seminggu dan kami menyaksikan pesta tersebut. Sejarah awal Melaka, pada akhir abad ke 14 Parameswara datang dan membuka Melaka. Parameswara datang dengan pengikutnya termasuk pembesar-pembesar dan orangorang laut. Pada masa kedatangan itu terdapat kira-kira 1000 orang bersama-sama beliau. Mereka ini mungkin orang-orang yang berasal dari Palembang dan Temasik yang berkhidmat setia kepada Parameswara. Orang-orang Selat ini adalah perantau laut bukan sahaja sangat setia kepada rajanya tetapi juga patuh atas segala perintah. Perkhidmatan mereka tidak dibayar sebaliknya mereka bepuas hati dengan hanya diberi makanan sahaja. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka adalah berketurunan Melayu. Pesta yang diadakan oleh sultan atas cadangan bendahari atas sokongan pembesarpembesar yang lain. Kami melihat sendiri Tuah menyesal dengan pemergian Jebat. Mereka menganggap Jebat bersalah dan pantas mati begitu sahaja. Mereka sangat gembira kerana terselamat daripada amukan Jebat. Kegembiraan mereka tidak terkira. Beberapa masyarakat di situ beranggapan Jebat Salah. Namun, tidak semua yang mengatakan sedemikian, ada juga sebahagian daripada mereka yang bersedih atas kematian Jebat. Anggapan mereka Tuah tidak seperti Jebat. Jebat yang menderhaka. Mereka memujimuji Tuah. Tuah baik orangnya mereka mempercayai itu. Kami mendengar keluhan kesal dari Tuah dan masih terbayangkan Jebat atas persahabatan yang telah mereka bina suatu ketika dahulu. “Maafkan aku jebat.” Tuah melepaskan keluhannya dan menitiskan air mata. Aku turut merasa kehilangan. Kami menitiskan air mata kesedihan kerana hilangnya Jebat hero sebenar. “Sanggup kau bunuh, tikam Jebat, sedangkan dia yang mempertahankan, dan itu adalah kerana kau.” Kataku kepada Anne. Anne hanya diam membisu. “Di mana hatimu Anne? Di mana akal fikiranmu???” Kami berdua terus meraung. Anne tetap membisu. Hatinya sedikit terguris lagi. “Inikah balasan tuah kepada orang yang memberontak kerana ingin menebus maruah Tuah?” Hati kami berdua terhiris pilu. Seolah-olah kami adalah watak Jebat dan Tuah. Melihat keadaan masyarakat pada masa itu hanya gambaran orang-orang Melaka adalah Bekulit hitam gelap, mereka memakai ikatan kain di kepada seperti tanjak. Gadis atau yang perempuan mengikat rambut atau bertocang serta memakai baju (benang kapas) pendek dan berkain, manakala gologan raja atau bangsawan, berpakaian istana, dan berjubah labuh. Mereka juga memakai serban putih di kepala yang diperbuat dari kain kapas yang halus dan memakai jubah labuh. Mengenakan capal sebagai sarung kaki. Selain dari itu ada juga hiasan tambahan seperti tali pinggang, atau bengkung, kain selempang, rantai, kerosang dan lain-lain hiasan. Tidak pula digambarkan tentang isteri-isteri sultan atau pakaian gadis-gadis istana. Namu demikian berpandukan pada pakaian perbandingan semasa dapat dibuat kesimpulan bahawa wanita-wanita istana mendandan rapi rambut mereka serta bersiput, pakai baju seperti kebaya labuh dan berkain batik tenunan Jawa. Di samping itu terdapat banyak barang-barang hiasan seperti cincin, gelang tangan dan kaki, rantai subang dan sebagainya. “Hajat dan tugasku di sini sudah selesai. Satu sahaja permintaanku. Tolong jagakan Dang Wangi, iaitu isteriku. Kerana dia sedang mengandungkan anakku.” Kata Jebat kepada Tuah. Tuah terus menutup mata Jebat perlahan-lahan. Taming sari adalah senjata yang digunakan untuk membuatkan Jebat terbunuh dalam pertelingkahan tersebut. Hujan kian lebat mencurah namun bunyi paluan gendang menenggelamkan gema hujan yang mendesa-desa. Kedengaran seorang bayi menangis. Lalu Tuah berkata “Kalaulah Jebat ada, pasti dia sangat gembira melihat anak satu-satunya lelaki yang bakal menjadi pewaris dirinya.” Mesti dia gembira memperolehi seorang anak lelaki. Betapa seorang anak perlukan kasih sayang seorang ayah. “Aku telah memisahkan mereka berdua.” Kata Tuah lagi. “Alangkah menyesalnya aku.” Tuah mengeluh lagi. Senja mula berlabuh. Tiba-tiba Tuah berubah. Dia terus menuju ke kubur Jebat dan berkata “Jebat, aku akan amuk satu Melaka ini, dan kematianmu akan terbela.” Diam sejenak dengan ayat yang telah diperkatakan oleh Tuah. Terus kepada penceritaan asal usul Melaka, apabila sampai di Melaka, Parameswara telah mula memajukan Melaka. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya menanam pisang, ubi, keladi, keledek, labu dan jagung. Di pendalaman dan di tepi-tepi sungai bertambah banyak terdapat pokok-pokok rumbia. Dari pohon-pohon rumbia inilah dikeluarkan sagu.
No comments:
Post a Comment