Sudah seminggu kami melihat Jebat bersemadi. Tanah kuburnya masih lagi kekuningkuningan. Dalam waktu itu juga, Tuah merasa menyesal. Penyesalan yang tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Kami merasa sangat terasa kehilangan Jebat. Penduduk di Melaka
sibuk bercerita tentang kematian Jebat. Bagi kami. Jebat adalah......
“Jebat adalah hero sebenar”
Hujan turun seakan simpati terhadap peristiwa yang berlaku. Kekesalan yang tidak
dapat dilihat. Sejarah latar belakang Melaka asalnya adalah dari sebuah kampung nelayan yang
didiami oleh beberapa buah keluarga nelayan. Dalam masyarakat ini, mereka menjalani
kehidupan yang simple. Mereka tinggal di tepi-tepi pantai dan membina rumah-rumah kecil di
sepanjang pantai Melaka. Melaka sebelum 1400, sebelum dibuka oleh Parameswara, ia didiami
oleh beberapa keluarga nelayan sahaja dan kami juga tinggal di situ.
Di kawasan pesekitaran masih dipenuhi dengan hutan belantara. Di kawasan
pendalaman ada juga keluarga orang-orang peribumi yang tinggal di dusun-dusun dan
menjalani hidup sebagai petani. Bercucuk, tanam dan memelihara binatang ternakan. Penduduk
Melaka asal terdiri dari nelayan dan tinggal di tepi pantai. Kami melihat keindahan pantai yang
ada di situ. Namun, dengan kematian Jebat kami juga turut merasa simpati terhadap
kematiannya. Di luar, kedengaran bunyi gendang menandakan seseorang telah meninggal
dunia di kampung itu. Seakan Jebat yang bersalah dalam hal ini.
Tuesday, September 15, 2020
Jebat Hero Sebenar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment